Tuesday, January 5, 2010

Kehidupan...

assalamualaikum...

orang kata hidup ini penuh dengan kejutan dan berlaku perkara yang tak disangka-sangka..

memang itu sudah menjadi lumrah hidup agaknya..

andai kata semalam baris pada jam 2330 hari ni pulak barisnya pukul 2300..

dulu barisnya 2230..tak boleh jangka kan..

alasan untuk semua tu sebab sem yang lepas ramai yang tak mencapai kehendak dalam
peperiksaan.

sebenarnya untuk ceritakan pasal semua tuh dalam blog ni agaknya seperti tak sesuai.

nanti dikatakan pula cuba untuk menjadi hero membela nasib orang.

nanti dikatakan juga berpolitik..

im oredy 18 lorh...i think that most of the students right here are can think and talk.
why don't trying to discuss with us first before any action?

akibatnya ni..muka muka yang dalam proses nak belajar ni dikatakan tak mampu.

memang..memang kalau diikutkan dengan spm punya keputusan boleh pertikaikan dengan kami punya result sem lepas.

tapi bagilah kepada diaorang masa untuk semua tu.

kitorang dijadikan bahan kajian.

put all the pressure on us.

tolonglah jangan terlalu desak kitorang dengan kemahuan korang tu.

memang kalau dulu tanyalah soalan siapa yang nak stay tuh masa latihan.tak ada masalah untuk kami ikut latihan.letih kalau rehat boleh hilang letih.

tapi waktu akademik keadaan mungkin agak berbeza..otak dan badan bergerak sekali.
dengan jadual yang pada pandangan kami padat.

waktu akademik yang pack.masa yang suntuk.lain lain tu tak payah cerita la.

kepada semua.apa yang ditulis dalam ni hanya luahan.

terlalu kerdil..itulah kami di sini..suara kami tak didengari.pandangan kami tak diterima.kami hanyalah bahan kajian.

kami mungkin juga mangsa keadaan..

there is no point to blaming on others.

pandai pandai kita semua fikir.

to lecturer sorry for all the troubles that we made..sebab korang memang baik giler kat kitorang..

esok azaam baru dan semangat yang baru..

seeya.

Sunday, January 3, 2010

TIPS BELAJAR

PETUA PELAJAR CEMERLANG
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
* jangan makan kepala ikan
* jangan makan organ dalaman
* jangan minum semasa makan
* jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
* jangan melihat kemaluan
* jangan melihat buih
* jangan membaca nama pada batu nisan
* banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
* banyakkan makan kismis, kurma dan madu
* banyakkan makan kekacang
* pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
* jangan makan sehingga terlalu kenyang
* jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
* tampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronim
* reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

sumber:guru inspirasiku


nampaknya aku nih jenis x menepati janji kan..
pertama sekali nak mintak maaf sebab lama xupdate..dah terlalu lama kot..sorry..

cuti pun takdala lama sangat cuma baru habis tamat latihan ketenteraan umum bulan lepas.tak ada masa yang banyak sangat untuk berblogging..

aku sememangnya teramat jeles..mmg jeles ngan blog orang len yang sememangnya kemas dan sentiasa berupdate..

pasni tengok balik camner nak pastikan aku sentiasa update..