Saturday, January 31, 2009

LALALALALALA...

Assalamualaikum...

Hari ni nt much thing to do..petang tadi ada driving class..
naik bukit pulak hari ni..
sekarang memang bz sikit ngn jadual olahraga(latih bebudak)

terima kasih gak sesiapa yang bca blog ni..
kadang2 tu smpai x taw nak tulis apa..
selalu aku tanya kat diri aku..
patut ker aku letak benda tu,benda ni..
sesuai ker?

bantai jerlah..

Thursday, January 29, 2009

Kata2 pematah semangat.

"There is no reason for any individual to have a computer in their home."-KENNETH OLSEN, PRESIDENT AND FOUNDER OF DIGITAL EQUIPMENT CORPORATION, IN 1977

"Airplanes are interesting toys but of no military value."-MARSHAL FERDINAND FOCH, FRENCH MILITARY STRATEGIST AND FUTURE WORLD WAR 1 COMMANDER, IN 1911

"Man will never reach the moon] regardless of all future scientific advances."-DR.LEE DE FOREST, INVENTOR OF THE AUDION TUBE AND FATHER OF RADIO, ON FEB. 25, 1967

"[Television] won't be able to hold on to any market it captures after the first six months. People will soon get tired of staring at a plywood box every night."-DARRYL F. ZANUCK, HEAD OF 20TH CENTURY-FOX, IN 1946

"We don't like their sound. Groups of guitars are on their way out."-DECCA RECORDINGS REJECTING THE BEATLES, IN 1962

"For the majority of people, the use of tobacco has a beneficial effect."-DR. IAN G. MACDONALD, LOS ANGELES SURGEON, AS QUOTED IN NEWSWEEK, NOVEMBER 18, 1969

"This 'telephone' has too many shortcomings to be seriously considered as a means of communication. The device is inherently of no value to us."-WESTERN UNION INTERNAL MEMO, IN 1876

The earth is the center of the universe."-PTOLEMY, THE GREAT EGYPTIAN ASTRONOMER, IN THE SECOND CENTURY"Nothing of importance happened today."-WRITTEN BY KING GEORGE III OF ENGLAND ON JULY 4, 1776

"Everything that can be invented has been invented."-CHARLES H. DUELL U.S. COMMISSIONER OF PATENTS, IN 1899

Wednesday, January 28, 2009

LATIHAN OLAHRAGA

Hari ni bermulalah aktiviti masa cuti aku dengan membantu sekolah melatih budak olahraga..
Walaupun aku bukan sekolah matang jaya 2 lagi tp kenangan bersma sekolah tu kekal selamanya.
bola baling mungkin mula latihan bulan 2 kot..
apa2kan moga matang jya dapat capai kejayaan semula dalam arena olahraga nie..haha

Tuesday, January 27, 2009

PERGAULAN-KEHEBATAN

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

wassalam

Thursday, January 22, 2009

OUTING??..haha..MUZIUM ISLAM

pedang nabi muhammad s.a.w

antara ukiran pintu bercorakkan ayat al quran



Semalam aku ngan hafiz keluar lagi...

memandangkan kitaorang ni xbekerja n xda papa nak buat..both of us decidd went out to da town..
Perjalanan bermula kira2 pukul 12.makan tgh hari dengn hidangn nasi ayam..


memulakan misi ya utama iaitu untuk menghantar kad..haha

then tiba2 terlihat muzium islam..lama2 dok kat kuching..xpernah pergi pun..

so ktaorang pun pergi memandangkan masuk pun x byr..haha






My new MU Futsal Shoe(limited edition)

thx 2 along sebab hadiahkan aku ngn kasut nie..haha





Monday, January 19, 2009

Bengkel untuk motosikal pulak..

Assalamualaikum...
hari ni plak aku pergi untuk bengkel motosikal ngn hafiz..
setelah dihantar oleh my instructor n mendengar ceramah...
Both of us hentam motosikal..haha tunggu giiliran nak rempit..
starting point..


kat tempat menunggu

L akan kuar within a week..so tunggu jerla..



Saturday, January 17, 2009

Adow...Hish..

Assalamualaikum..

Maafkan diriku blog yg jarang nk update..

Ha..hari ni aku nk tulis something pada ko..

Pagi tadi aku pergi mendengar bengkel 6 jam untuk dpatkan 'L' utk kereta..

Aku,hafis ngn lisa pergi sekali..

Nampaknya lisa yg kesian sbb xpnh bwk kereta..so dier kena latih lama sket..

Esok aku pergi dgr taklimat untuk motosikal pulak...

Nak dijadikan cerita..dlm surau tempat nk semayang,da aunt 2 mengandung tdow dlm 2..
nk kejut segan..nk tegur tkt ganggu..
jadi aku ngn hafiz tunggu la smpai mkcik 2 bgn..haha

Esok bersengkang mata dgr ceramah..hahaha

Wednesday, January 14, 2009

Hmm...Kak teh dh 'besar'


Hmm tahniah buat kak teh yg dah melangkah ke dunia baru..
eventhough ur age only 10 at this moment 2 bkn penghalang utk kta matang.
pasni kna jdi seorang remaja yang berhati cekal sbb dugaan hidup telalu banyak..
selalu ingat pesan umi dan abah...

bosan...bosan...bosan...


hari ni aku keluar ke bandar bayar utk tabung haji..pastu
pergi ofis bpk aku utk lunch..memandangkan hari rabu tiket murah.
so aku tgk crita nie HISTERIA..mcm diura2kan..gempak la sangat...
aku cuma nak kongsi pendapat aku jer..dh la orang 2 mati mcm 2 jer..
lagipun plot cerita simple sangat..nasib baik la 5 ringgit jer.
bagi aku yang buat cerita ni seram pon antu makan orang...hahah
antu mmg makan orang?ntahla...
mna2 yng x tgk lgi pergilah..

Sunday, January 11, 2009

banjir ow

nak pergi kenduri tp hari hujan..xper biar basah asal dapat makan..hahah
bangga la tue dapat bergambar dalam hujan

kak lang ngn ateh model hujan matang membawa payung






hujan yang xhenti2 akhirnya membawa kepada BANJIR kecik..hahaha




A reunion after 25 years...woo

nak pilih tikar macam pilih kayu golf(hahahah)

no comment..




punya la lapar.



instuctor tengah2 tu.






abah n uncle gagak.




dekat SADDAD






Just for your information.
Reunion ni dibuat selepas 25 thn abah ngan kawan2 x berjumpa..

lepas graduate dari U and ditauliahkan ROTU(letenan tue) diaorang xjumpa lg..

Lagipun abah pindah sarawak dan kawan2nya plak di semenanjung(camne blh sesat ha)
Anyway,persahabatan kekal selamanya..Kawan2 abah datang kat sarawak semata2 untuk jumpa their instructor n abah jew..hah

hahaha..hafiz kalah

Semalam aku ngn hafiz hang out g town sesama.dua owang jew yang keluar..
kat kuching da seminggu hujan xhenti2 tp aku tekad nak keluar gak..
dlm kol 12 ktaowang gerak naek bas(lesen xda lagi)haha...
pas makn n semayang aku ngan hafiz memulakan matlamat untuk men bowling.
smalam kra 1st time hafiz men bowling la..
banyak masuk longkang dari kena...wawawawawa
neway klau ramai sikit enjoy la...
p/s:hafiz next ko berlatih dulu..hahaha aku bergaya dengan bola hijau aku

bola lagi besar dari tgn?mmg la..bukannya bola golf..haha

bola aku yang hijau,bola hafiz?ntah..men ambek jew

lane no.22..

Saturday, January 10, 2009

saja saja je

ASAL PERKATAAN UBAT

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh... bad... ". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".ASAL

PERKATAAN CELEBRATE

Semasa British menjejak kaki ke Johor, sebuah kampung sedang mengadakan pesta keramaian bagi meraikan hari keputeraan ketua kampung yang ke 59. Pegawai British yang sedang mengkaji adat budaya orang melayu ini pun pergilah hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis sedang berlangsung ada 3 orang pemuda yang 3 suku akalnya (mereng) telah membuat kacau di majlis tersebut dengan mengadakan tarian separuh bogel di hadapan ketua kampung. Pegawai British yang baru tiba terkejut dengan suasana huru-hara sambil menjerit-jerit (macam parti omputih). Lalu pegawai British itu bertanya kepada salah seorang penduduk " Apa yang mereka lakukan?(slang omputih)".
Orang itu mempedulikan pertanyaan omputih tetapi berkata pada dirinya sendiri " Selebet betul la mamat-mamat 3 suku ni, rosak majlis ni... heee... heeee... slebet betul." Maka tahulah omputih itu bahawa majlis keramaian macam itu dipanggil selebet. Lalu di'slang'kan omputih jadilah celebrate. Sebab itulah bila omputih selebret je apa-apa, mesti ada tarian separuh bugil.

ASAL PERKATAAN AYAM

Ketika Parameswara menobatkan pemerintahaannya di Melaka, berjalan-jalanlah beliau sambil memerhati keadaan sekeliling kampung untuk bertanya khabar dengan orang-orang kampung. Semasa beliau berjalan-jalan ternampaklah beberapa ekor ayam lalu tanyalah parameswara kepada pengiringnya " Kalao disini, binatang seperti burung itu dipanggil appa?". Pengiring itu tidak tahu kerana berasal dari negara yang sama dengan parameswara. Ketika mereka terpinga-pinga untuk mencari jawapannya, maka lalulah seorang budak yang sedang membawa kuih yang dikirim maknya untuk dihantar ke rumah jiran.
Lalu parameswara bertanya "Hoi Budak..binatang seperti burung tu kalau disini dipanggil appa?". Budak itu berkata "Kejap tuanku saya ada hal ni". Budak itu pun terus mengetuk pintu rumah jirannya. Parameswara bengang dengan kelakuan budak itu kemudian bertanya buat kali kedua "Hoi aku tanya ni. Apa nama binatang itu?". Budak itu ketakutan sambil menjerit " Makcik Yam..ooo makcik Yam, ni mak hantar kuih ni.
Cepat sikit, tuanku ada depan umah makcik Yam ni."Parameswara masih belum puas hati, kali ini tempiknya sangat kuat "APA NAMA KAU CAKAP TADI?" Budak itu terkejut sambil melatah " mmmaakkcik Yammm... yam..".
Puaslah hati parameswara kerana sudah tahu namanya. Binatang itu dipanggil makcik yam sehinggalah baginda mangkat. Kemudian ditukarkan ke Ayam kerana makcik Yam telah mengemukakan saman malu terhadap budak tersebut$

Friday, January 9, 2009

lulus dengan jayanya..

hmm..

semalam demam sampai kna pg klinik amek ubat..dah hari ni kna pg ambik ujian komputer untuk lesen tu.
tawakal jerla dengan keadaan kesihatan yg xseberapa...
alhamdulillah aku lulus gak..walaupun xberapa nak cemerlang tp dapat 46/50..hahah
minggu dpn ikut bengkel plak..

Thursday, January 8, 2009

per cita korang skang ha..







Slow slow la..


aiii...banyak plak bende nk kena buat ngn blog nie..

baru nak edit yg 2,yg ni,mcm2 la..

bilik x kemas lg..baju x basuh lg..laptop gak yg aku hadap pg2 ni..

Wednesday, January 7, 2009

just 4 introduction

zulfuadi zahudin
thats my name.

bismillahirrahmanirrahim...

SYAITAN DAN HIDUNG
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: "Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur." (riwayat Muslim)Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran.

Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalanyang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objekkerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah.Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannyakerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allahdan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing) .

Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"